Logo


Sunday, March 13, 2011

Berkelah di Tupah

16 Januari hari tu..geng-geng C.U.M.C pergi berkelah kat Tupah. Bukan ke berkelah, dorang wat BBQ lagi. Best sangat masa tu. Meriah. Ni la antara aktiviti kami kat Tupah---->
Best tak aktiviti kitorang? Kalau nak join dan berminat nak sertai aktiviti-aktiviti macam ni...boleh la jadi ahli kelab kami. Untuk maklumat lanjut..sila hubungi kami melalui email di cumcmotorsport@gmail.com.
                                          

Monday, February 7, 2011

Perjumpaan ahli kelab C.U.M.C

Perjumpaan keseluruhan ahli kelab akan diadakan pada:
Tarikh         : 15 Februari 2011
Masa           : 4.00 petang
Tempat        : Jeti Semeling

Kehadiran ahli adalah diwajibkan. Kepada sesiapa yang berminat menyertai pertandingan bowling yang akan diadakan pada 28 Februari ini, sila bawa bersama yuran untuk pertandingan sebanyak RM15.00 (termasuk air dan hadiah).

Kami amat mengharapkan kehadiran anda bagi menyemarakkan lagi aktiviti kelab ini.

Tuesday, February 1, 2011

Bowling Tournament 2011

Perhatian kepada ahli C.U.M.C

Atas persetujuan ahli kelab pada mesyuarat yang lalu (31.1.2011), satu "Bowling Tournament" untuk ahli kelab akan diadakan. Tournament tersebut akan diadakan pada:

              Tarikh      : 28 Februari 2011
              Tempat    : Superbowl Park Avenue, Sg. Petani
              Masa        : 8.00 malam
              Bayaran   : RM 15.00 seorang (2 frame termasuk kasut)
              *Bawa stoking

Jika anda berminat, sila berikan nama anda dan bayaran kepada AJK Kelab selewat-lewatnya 25 Februari 2011. Marilah beramai-ramai memeriahkan aktiviti ini. 


Sunday, January 23, 2011

Konvoi Ke Pantai Merdeka


Comel..jurucakap kelab pantau konvoi:)
Pantai Merdeka..antara satu-satunya pantai kat area Kedah yang best boleh release tension. Best sangat. Teringat plak lagu Cinta Pantai Merdeka. Sape yang suggest konvoi ke Pantai Merdeka ni ada kenangan cinta kat sana eh? Haaa sape tu? Nanti kita siasat. Ok, sambung cerita balik tentang konvoi ni. Konvoi bermula selepas majlis perasmian. Diketuai oleh En. Nisma Hisham.

Tengah tunggu ahli-ahli berkumpul
Tunggu..tunggu gak..posing jgn lupa.
Konvoi bermula
We follow you
Berhati-hati memandu
Alamak..kedai tutup plak
 Selepas menempuh perjalanan yang agak panjang...."Akhirnya konvoi berjaya sampai di Pantai Merdeka dengan selamat. Alhamdulillah".
 Ni lah aktiviti dorang masa kat Pantai. Chill.

Ini ke Pantai Merdeka??
Model C.U.M.C tapi rupa dirahsiakan.
Next time kena konvoi sambil berkhemah. Best gak
Jejaka-jejaka macho dalam C.U.M.C. Tapi ada yg dh berpunya..hati-hati. Hehe.
Cemana nak beli baju ni?? Sorang tu muka masam je. Takut.

Wednesday, January 19, 2011

Kereta Sape Tu??

Kepada sesiapa yang mempunyai kereta yang seiras kereta kat bawah ni, sila emailkan nama dan no tel. anda kepada alamat email kami : cumcmotorsport@gmail.com untuk menjadi ahli dengan segera. Rugi kalau tak join. Cantik betul kereta dia orang. Kereta je ek, bukan tuan dia. Hehe.

Kereta pun pandai beratur..cantik kan?

Pemanduan berhemah:--> bertolak ansur

Kereta / tuan yang you all berkenan?

Perasmian dan Mesyuarat Kelab kali Pertama

Perhatian..perhatian..C.U.M.C dah semakin mantap dan bergaya. Memulakan langkah pertama ataupun first step (mcm bayi baru leh jalan) dengan mengadakan perasmian dan mesyuarat agung kali pertama. Perasmian C.U.M.C telah diadakan pada 1 Januari 2011. Jeti Semeling menjadi saksi kepada perasmian yang sangat bermakna kepada kami. Perasmian telah dijayakan oleh Ketua Pemuda Umno cawangan Sungai Petani Bandar iaitu En. Azhar bersama Presiden kelab iaitu En. Nisma Hisham dan ahli jawatankuasa tertinggi. Terima kasih diucapkan kepada En. Azhar kerana sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan tugasan yang lain. Tidak dilupakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ahli-ahli kelab yang memberikan sokongan dan kerjasama yang sangat hebat. Thanks guys..you rock.

Perasmian oleh En. Azhar
Antara AJK dan ahli yang hadir
Ni just berlakon buat perasmian:)
Sebelum perasmian, AJK bersama ahli yang hadir telah mengadakan mesyuarat agung kali pertama untuk membincangkan objektif, matlamat dan hala tuju kelab. Ramai yang memberi pandangan dan cadangan yang bernas bagi menjadikan kelab ini antara kelab sukan permotoran yang paling aktif di kawasan Utara.Mintak-mintak la jadi kenyataan kan? Amin.
Perbincangan bersama En. Azhar
Perbincangan yang serius ni.
"Kemana hala tuju kita, cuba fikirkan".
Cantik tak logo kita org?
Bincang sambil makan
Masih cuba menyampaikan matlamat kelab





Lepas je perasmian ni, terus ahli-ahli berkonvoi ke Pantai Merdeka. Tapi, rasanya cukup setakat ni je dulu update kami tentang C.U.M.C. Saje nak buat pembaca tertunggu-tunggu entry seterusnya. Tunggu tau..rugi tak baca dan tengok. Kepada ahli, teruslah menyokong kelab kita ni. Kalau tak, sapa lagi kan? Nantikan update seterusnya: Konvoi ke Pantai Merdeka. Best tau. Ok, wasalam.

Monday, January 17, 2011

Penubuhan Car Utara Motor Club


Car Utara Motor Club atau lebih dikenali sebagai CUMC telah dirasmikan  pada 1 Januari 2011. Kelab ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat di kawasan Utara yang memiliki kereta buatan Malaysia (Proton atau Perodua). Pelbagai aktiviti telah dan akan dirancangkan bagi merancakkan lagi kegiatan kelab pada tahun ini, antaranya ialah konvoi ke Pantai Merdeka. Kelab ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat kerana telah mencapai bilangan ahli melebihi 30 orang dalam masa yang singkat. Untuk maklumat lanjut atau berminat menyertai kelab ini, anda bolehlah menghantar email kepada :   

cumcmotorsport@gmail.com

Kami mengalu-alukan anda menyertai kelab ini.