Logo


Wednesday, January 19, 2011

Perasmian dan Mesyuarat Kelab kali Pertama

Perhatian..perhatian..C.U.M.C dah semakin mantap dan bergaya. Memulakan langkah pertama ataupun first step (mcm bayi baru leh jalan) dengan mengadakan perasmian dan mesyuarat agung kali pertama. Perasmian C.U.M.C telah diadakan pada 1 Januari 2011. Jeti Semeling menjadi saksi kepada perasmian yang sangat bermakna kepada kami. Perasmian telah dijayakan oleh Ketua Pemuda Umno cawangan Sungai Petani Bandar iaitu En. Azhar bersama Presiden kelab iaitu En. Nisma Hisham dan ahli jawatankuasa tertinggi. Terima kasih diucapkan kepada En. Azhar kerana sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan tugasan yang lain. Tidak dilupakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ahli-ahli kelab yang memberikan sokongan dan kerjasama yang sangat hebat. Thanks guys..you rock.

Perasmian oleh En. Azhar
Antara AJK dan ahli yang hadir
Ni just berlakon buat perasmian:)
Sebelum perasmian, AJK bersama ahli yang hadir telah mengadakan mesyuarat agung kali pertama untuk membincangkan objektif, matlamat dan hala tuju kelab. Ramai yang memberi pandangan dan cadangan yang bernas bagi menjadikan kelab ini antara kelab sukan permotoran yang paling aktif di kawasan Utara.Mintak-mintak la jadi kenyataan kan? Amin.
Perbincangan bersama En. Azhar
Perbincangan yang serius ni.
"Kemana hala tuju kita, cuba fikirkan".
Cantik tak logo kita org?
Bincang sambil makan
Masih cuba menyampaikan matlamat kelab





Lepas je perasmian ni, terus ahli-ahli berkonvoi ke Pantai Merdeka. Tapi, rasanya cukup setakat ni je dulu update kami tentang C.U.M.C. Saje nak buat pembaca tertunggu-tunggu entry seterusnya. Tunggu tau..rugi tak baca dan tengok. Kepada ahli, teruslah menyokong kelab kita ni. Kalau tak, sapa lagi kan? Nantikan update seterusnya: Konvoi ke Pantai Merdeka. Best tau. Ok, wasalam.

1 comment: